FLASH TEXT


widgets

Pages

Wednesday 30 September 2015

PENGUMUMAN : ACARA DIBATALKAN

Salam sejahtera kepada semua peserta Taman Negara Green Jamboree 2015 yang sepatutnya diadakan pada 11 Oktober 2015 ini telah dibatalkan atas faktor keselamatan dimana laluan yang dicadangkan adalah merbahaya kepada semua peserta kesan daripada pembalakan yang semakin berleluasa dan krisis kewangan yang dihadapi oleh penganjur dimana pihak penaja telah menarik diri disaat akhir.

Sehubungan dengan itu,  pihak penganjur amat menghargai segala sokongan yang telah diberikan oleh semua peserta bagi menjayakan acara ini dan memohon maaf di atas kesulitan atas pembatalan acara ini.

Bagi proses bayaran balik yuran penyertaan, mohon pihak tuan/puan memberikan maklumat akaun ( penama, nama bank dan no. akaun ) samada secara SMS / Whatsapp / MMS ke talian 010-201 7735 atau emailkan maklumat tersebut ke greenjamboree@gmail.com.

Untuk makluman pihak tuan/puan,  bayaran balik akan dibuat dalam tempoh 30 hari bekerja iaitu bermula pada 12 Oktober hingga 20 November 2015. Slip bayaran balik akan dikemukan kepada pihak tuan/puan sebagai bukti bayaran iaitu melalui Whatsapp ataupun email.

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih...

Admin

Tuesday 12 May 2015

PERHATIAN : PENUNDAAN TARIKH ACARA KEPADA 11 OKTOBER 2015

ADALAH DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG RASMI TNGJ 2015, TARIKH ACARA INI TELAH DITUNDA DARI 14 JUN 2015 KEPADA 11 OKT 2015

PENUNDAAN TARIKH INI ADALAH KERANA SEBAGAIMANA KITA SEDIA MAKLUM NEGERI PAHANG KHUSUSNYA DAERAH JERANTUT DAN KUALA TAHAN TELAH DILANDA BANJIR KETIKA INI BANYAK KEMUSNAHAN INFRASTRUKTUR BERLAKU DAN MENGAMBIL MASA UNTUK DIBAIKPULIH OLEH KERAJAAN NEGERI. 


SELAIN ITU BAGI MEMASTIKAN FAKTOR KESELAMATAN PARA PESERTA TERJAMIN LALUAN YANG DICADANGKAN TERPAKSA DIUBAH SEMULA MEMANDANGKAN KAWASAN TERSEBUT SEDANG GIAT DIJALANKAN PEMBALAKAN. PERKARA INI MENGAMBIL SEDIKIT MASA UNTUK PENYEDIAAN SEMULA LALUAN ACARA.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, PENDAFTARAN PENYERTAAN MASIH DIBUKA SEHINGGA 11 SEPTEMBER 2015 SAMADA SECARA TALIAN @ WHATSAPP 010-201 7735.


PIHAK PENGANJUR MEMOHON MAAF ATAS KESULITAN YANG DIHADAPI OLEH TUAN/PUAN BERHUBUNG PERKARA INI. TERIMA KASIH....



Friday 6 February 2015

Penginapan di Kuala Tahan

Sukacita dimaklumkan bahawa penginapan di Kuala Tahan selepas bencana banjir akan dibaikpulih dalam tempoh masa 2-3 bulan daripada sekarang.

Sehubungan dengan itu, kebimbangan tiada penginapan pada 14 Jun 2015 akan dapat di atasi sebelum acara Taman Negara Green Jamboree 2015 berlangsung.

Harap maklum....

Admin TNGJ 2015

Wednesday 4 February 2015

Pemandangan Terkini Kuala Tahan....

Nikmati pemandangan selepas bencana alam di Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang....




Thursday 8 January 2015

SAIZ T-SHIRT / JERSI

PENGUMUMAN:- 

Bagi peserta Taman Negara Green Jamboree - 2015 yang membuat pendaftaran selepas 17 MEI 2015, saiz T-Shirt - FUNRIDE / Jersi - FUNRACE akan diberikan mengikut stok yang ada pada hari pendaftaran (13 JUN 2015 @ Persona Village Resort). Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, para peserta adalah digalakkan untuk membuat pendaftaran lebih awal. Terima kasih....

DISKAUN BAGI PENDAFTARAN SEBELUM 15 MAC 2015

BERITA BAIK......Kepada semua peminat basikal, pihak penganjur dengan ini berbesar hati memberikan diskaun sebanyak RM10.00 bagi pendaftaran awal (dengan bayaran) sebelum 15 Mac 2015.

Bagi peserta yang membuat pendaftaran awal TANPA BAYARAN tidak tertakluk kepada diskaun tersebut.

Kepada peserta yang telah membayar yuran penuh boleh membuat tuntutan RM10.00 semasa hari pendaftaran di Persona Village Resort. Manakala bagi peserta yang telah membuat pendaftaran tetapi masih belum membuat bayaran, anda layak untuk mendapat potongan tersebut sekiranya bayaran dibuat sebelum 15 Mac 2015.

Berikut adalah jumlah bayaran bagi pendaftaran sebelum 15 Mac 2015 :-

FUNRIDE YURAN ASAL RM 70  DISKAUN RM 10  HANYA BAYAR RM 60


FUNRACE YURAN ASAL RM100 DISKAUN RM 10 HANYA BAYAR RM 90


SEGERA DAFTAR DAN BUAT BAYARAN SEBELUM 15 MAC 2015 UNTUK MENIKMATI POTONGAN TERSEBUT....!!!

PERINGATAN :- Jangan lupa emailkan slip bayaran ke greenjamboree@gmail.com ATAU WhatsApp ke 010-201 7735. Sila nyatakan nama dan no Mykad @ No. Passport.