FLASH TEXT


widgets

Pages

Wednesday 30 September 2015

PENGUMUMAN : ACARA DIBATALKAN

Salam sejahtera kepada semua peserta Taman Negara Green Jamboree 2015 yang sepatutnya diadakan pada 11 Oktober 2015 ini telah dibatalkan atas faktor keselamatan dimana laluan yang dicadangkan adalah merbahaya kepada semua peserta kesan daripada pembalakan yang semakin berleluasa dan krisis kewangan yang dihadapi oleh penganjur dimana pihak penaja telah menarik diri disaat akhir.

Sehubungan dengan itu,  pihak penganjur amat menghargai segala sokongan yang telah diberikan oleh semua peserta bagi menjayakan acara ini dan memohon maaf di atas kesulitan atas pembatalan acara ini.

Bagi proses bayaran balik yuran penyertaan, mohon pihak tuan/puan memberikan maklumat akaun ( penama, nama bank dan no. akaun ) samada secara SMS / Whatsapp / MMS ke talian 010-201 7735 atau emailkan maklumat tersebut ke greenjamboree@gmail.com.

Untuk makluman pihak tuan/puan,  bayaran balik akan dibuat dalam tempoh 30 hari bekerja iaitu bermula pada 12 Oktober hingga 20 November 2015. Slip bayaran balik akan dikemukan kepada pihak tuan/puan sebagai bukti bayaran iaitu melalui Whatsapp ataupun email.

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih...

Admin